9 Disember 2014 - 18:03
Pemimpin ISIS Chehcen temui ajal di Kobani

Salah seorang sekutu rapat Abu Umar al-Shishani bersama 14 militan lain terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Kobani



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Salah seorang kepala pengganas ISIS bernama Jundullah al-Shishani terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang-pejuang yang mempertahankan kota Kobani.

Menurut unit pejuang Kobani, Jundullah adalah salah seorang sekutu rapat pemimpin ISIS yang terkenal, Abu Umar al-Shishani, seorang.

Sebuah telefon genggam juga ditemui di dalam saku mayat Jundullah yang mengandungi gambarnya bersama Abu Umar al-Shishani. Dalam sisasatan terhadap mayat-mayat, pengganas-pengganas ISIS yang terbunuh itu berasal dari Turki, Azari dan Chehcen.

Setakat ini, kumpulan pengganas ISIS belum membuat kenyataan rasmi terhadap kematian Jundullah.

Kota Kobani yang terletak di Utara Syria sudah 84 hari menghadapi serangan ISIS.

http://www.abna.ir/cache/image/2014/12/08/3bb34823d49776781904967a9c193295.jpg

http://www.abna.ir/cache/image/2014/12/08/31c9bd0e386ae8739e2d395aed3e5c17.jpg

Abu Umar al-Shishani bersama Jundullah al-Shishani